MAN TUKANG PLASTER CEILING PROFESIONAL, KERJA DIBUAT SENDIRI, HASIL KERJA KEMAS DAN RAPI
Tentang Kami
Kami adalah pakar plaster ceiling tempatan dengan pengalaman melebihi 19 tahun dalam bidang ini. Segala hasil kerja dijalankan secara terus oleh kami sendiri bersama rakan sepasukan tanpa pengantara, bagi memastikan kualiti dan kemasan siling sentiasa berada pada tahap terbaik.
Untuk kemudahan dan kepercayaan anda, proses kerja kami tidak memerlukan deposit awal. Deposit hanya perlu dibayar selepas kami selesai menjalankan kerja pada hari pertama. Kami komited memberikan hasil yang kemas, kukuh, dan tahan lama untuk rumah serta premis anda.
Pakar Plaster Ceiling Berpengalaman 19 Tahun — Hasil Kemas & Boleh Dipercayai
• Tanpa Deposit Awal: Kerja bermula dahulu; deposit hanya dibayar selepas kerja hari pertama selesai.
• Hasil Kerja Tangan Sendiri: Dikerjakan terus oleh tukang berpengalaman bersama rakan sepasukan tanpa pengantara.
Reka Bentuk Plaster Siling Light Trough 1 Kotak dengan 3 Kotak Box-Up dan Box-Up Gantung
Reka Bentuk Plaster Ceiling Light Trought Cornice 1 Kotak
Soalan Lazim
Adakah benar saya tidak perlu membayar deposit sebelum kerja bermula?
Ya, betul. Kami mengamalkan sistem tanpa deposit awal. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang wang pendahuluan sebelum kami memulakan projek. Deposit hanya perlu dibayar selepas kami selesai menjalankan kerja pada hari pertama di tapak projek anda.
Siapakah yang akan menjalankan kerja-kerja pemasangan di rumah saya?
Segala kerja pemasangan, pembaikan, dan kemasan plaster ceiling dijalankan secara terus oleh kami sendiri bersama rakan sepasukan. Kami tidak menggunakan sub-kontraktor atau pengantara, supaya kualiti hasil kerja dan komunikasi sentiasa terjaga.
Berapakah pengalaman anda dalam bidang perkhidmatan plaster ceiling ini?
Kami mempunyai pengalaman kerja secara fizikal dalam bidang pemasangan dan reka bentuk plaster ceiling selama lebih 19 tahun.
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan sebut harga (quotation)?
Sangat mudah! Anda hanya perlu hubungi kami menerusi WhatsApp dan berikan anggaran saiz ruang/pelan, jenis rekaan yang diminati, serta lokasi projek. Kami akan berikan anggaran harga secara PERCUMA.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan pemasangan plaster ceiling?
Bagi ruang kediaman standard (seperti ruang tamu atau bilik tidur), kerja-kerja pemasangan dan kemasan awal biasanya mengambil masa sekitar 4 hingga 7 hari sahaja.
Pasang siling plaster tanpa was-was! Setiap projek kami dilengkapi Jaminan Pemasangan 1 Tahun. Jika ada sebarang retak atau masalah kualiti kerja, kami terus datang baiki. tidak termasuk kerosakan akibat kebocoran air atau bencana alam. Kepuasan dan ketenangan fikiran anda keutamaan kami!
Perkhidmatan Kami
Plaster Ceiling
Pendawaian Wiring
Mengecat
Lokasi Strategik di Sekitar Bandar!
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami. Kami sedia membantu dan memberikan penerangan dengan lebih lanjut.
free quotation
free site visit
Testimoni Clients Kami





